Saturday, November 5, 2011

srikandi itu..

salam alaikum..bila buka fb and tengok ada lagu FATWA SERIKANDI from naimah's note on my wall, tetiba rasa tersentuh..teringat kenangan2 kat taiping dulu, suatu waktu bila ada yang menggiatkan, ada yang menegur bukan kerana benci tapi kerana sayang, ada yang sentiasa di sisi bila diri terasa lemah dan bila ada perasaan sentiasa ingin memelihara pandangan, perlakuan dan pertuturan bukan mengharap redha manusia tapi kerana kecintaan padaNya..azie makin lalai, makin lagha...mrsm taiping, mungkin orang yang tak pernah ada kat situ takkan faham kenapa..tapi sesungguhnya, bak kata k.hazirah; 'a sacred place where Allah has enlighten me on many aspects of life'..azie takkan jumpa tempat yang akan memberi perasaan yang sama cam waktu kat mrsm taiping dulu..how i wish i could be there once again, azie rindu bi'ah solehah itu ...

Seluas lautan riak seribu,
Pabila badai menghempas duka,
Tatkala suria terik memancar,
Dedaun gugur menyembah bumi.

Hanya hati sanubari,
Yang suci dan sejati,
Mengerti kuasa Ilahi

Jumud tiada di minda,
Ikhlas dan luhur sentiasa,
Tabah dan sabar meniti hari
Iman takwa diadun sebati.

Menjaring ukhwah okestra harmoni,
Menjana ketulenan sahsiah insani,
Disirami restu Ilahi

Muslimat mujahidah,
Lenturkanlah peribadi,
Fatamorgana mengharap padamu,
Tiang seri negeri.

Ayuhai generasiku,
Bangkitlah menjunjung bangsamu,
Menabur cita, menabur jasa,
Pasti diredhai Allah,
Pasti dirahmati Allah.

Rasulullah sumber inspirasi,
Disirami restu Ilahi,
Meterialistik bukan ukuran,
Realistik bukan bebanan.

Suadaya pengukur jati diri,
Impian dianyam menuju gemilang,
Indah pekerti cerlangkan pertiwi,
Menjana ketulenan sahsiah insani

Disirami restu ILAHI,
Diirami restu Ilahi.

1 comment:

  1. sayu rasa baca post mah ni..rs rindu g kenangan dulu..ore pn sme ng mah, mrsm mgajar kte byk erti hidup..slu ada yg sudi menegur ble diri hanyut..ble dh kua, kne jaga diri sndr..xleh hrpkn sape2 lg..btul kata ustzh, ms kt mktb ni ada yg rimas ble slu "diingtkn", tp ble kua, kte sume akan tau erti sume tu..kte kn rindu sume tu..

    ReplyDelete