Friday, November 25, 2011

hari ni boleh jadi bahagia...

orang cakap, orang yang suka tulis diari ni cam jiwang ja...depends on personal view kut..tapi azie tak malu nak admit yang im 1 of those who have diary, luv to write what i feel, important events in my life, and i luv to copy down the quotations yang azie rasa best (pada pandangan azie sendiri)..now,since ramai kengkawan yang da kawen, yang baru kawen dan yang akan kawen, azie suka untuk share some quotes taken from ANIS mag, april 2005 (azie jumpa waktu belek2 diari 2005 azie dulu), tak sure sape penulisnya tapi bunyinya camni;
          Hari ni boleh jadi bahagia..tapi insyaAllah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. berdoalah, sepertimana mukaddimahnya, begitulah nanti natijahnya. Hidup tidak selalunya indah kerana di situlah keindahan hidup. Ada ketikanya senyum, duka, ceria. acapkali juga ada muram dan airmata. Anehnya dia terus bersama saya. kadang tegurannya tajam, menikam. Saya pedih. Namun jauh di sudut hati terbujuk jua-itu kerana sayang. Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan, tetapi ia ada di sepanjang jalan.
          Bahagia itu ketenangan. ketenangan itu apa? Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Bagaimana nak memiliki hati semacam itu? INGAT ALLAH..hati akan tenang. Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan. Kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Apakah perjalanan kita ini masih panjang atau pun pendek...namun selagi antara kau dan aku masih ada DIA..selama itulah kita akan tenang...jika kita sama-sama mengingatiNya, maka bahagialah kita. Sebaliknya jika kita sama-sama lupa, musnahlah kita.... 
*walau siapa pun jodoh yang Allah da tetapkan tuk azie kelak, azie mohon pada Allah moga azie mampu membahagiakan dan menggembirakan dia hingga hujung nyawa azie..bimbinglah azie dengan penuh sabar dan kasih sayang kerana azie hambaNya yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan..akan terasa kuat bila ada yang sudi bersama dalam suka dan duka..moga dia dapat bersama-sama azie dalam perjalanan menuju redha dan Syurga-Nya, amin..

No comments:

Post a Comment