Sunday, May 15, 2011

sorry guys~

SOURCE: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berubahemosi/Article/artikelMA

“APA kena perempuan tu, aku tanya dengan baik pun dia nak marah. Datang bulan agaknya...” keluh seorang lelaki kepada rakannya kerana tidak berpuas hati dengan layanan petugas wanita di kaunter.
Perubahan emosi wanita, terutama mood tidak baik, sering dikaitkan dengan kedatangan haid. Sindrom prahaid (PMS) ialah gangguan yang biasa dialami jutaan wanita di seluruh dunia.

Gangguan itu ada kaitan dengan perubahan hormon setiap bulan ketika kitaran haid. Gejala yang biasanya berlaku dua minggu sebelum kedatangan haid itu membabitkan perubahan emosi serta fizikal, dan lazimnya berlaku pada wanita berusia antara 25 hingga 35 tahun.


Gejala berlainan bagi individu itu dialami tujuh hingga 10 hari sebelum haid dan hilang beberapa hari selepas keluar haid.

Gangguan prahaid disforik (PMDD) ialah perubahan emosi dan fizikal yang memberi kesan kepada kehidupan seharian, mempengaruhi kerja dan produktiviti.


Lima atau lebih sindrom prahaid dialami cukup untuk mengganggu kehidupan seharian dengan sekurang-kurangnya satu membabitkan simptom emosi.



GEJALA FIZIKAL
  • Kembung perut — sebelum dan ketika haid, anda mengalami ketidakselesaan akibat kembung perut. Perubahan fizikal yang ketara ialah perut sedikit buncit sebelum kedatangan haid
  • Kekejangan perut — hari pertama atau satu hari menjelang kedatangan haid bulan, ramai wanita mengalami kekejangan perut
  • Sakit kepala — rasa pening
  • Lesu — tidak bermaya dan malas melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini
  • Sakit sendi dan otot — lenguh badan, terutama di bahagian sendi dan otot
  • Gangguan tidur — tidak nyenyak tidur
  • Selera makan bertambah — keinginan mengambil makanan dalam jumlah banyak
  • Mengidam sesuatu — tiba-tiba teringin makan sesuatu, misalnya coklat atau makanan yang tidak pernah dipedulikan sebelum ini
  • Bengkak pada tangan dan kaki



  • GEJALA EMOSI



    • Mudah marah — melenting dan marah-marah biarpun perkara remeh
    • Perubahan mood — sukar mengawal emosi, sensitif, mudah tersentuh walaupun menonton cerita sedih di televisyen
    • Dilanda risau atau tertekan — rasa risau tanpa sebab
    • Dihantui rasa bersalah atau merasakan diri tidak berguna
    • Perasaan di luar kawalan — jika anda seorang yang sabar, gangguan PMS atau PMDD boleh menyebabkan perubahan sikap
    • Minat untuk melakukan aktiviti berkurangan dan kurang daya tumpuan
    • Lebih 90 peratus wanita pada usia reproduktif akan menderita simptom PMS. Dianggarkan tiga hingga lapan peratus mengalami simptom kelesuan.
    • Kira-kira 90 peratus wanita menderita sekurang-kurangnya satu daripada 150 simptom PMS. Dianggarkan hanya lima peratus wanita bebas daripada simptom PMS dan PMDD.

    No comments:

    Post a Comment