Tuesday, January 25, 2011

benci ni best x?









benci ni best sangat ke ye? almost every person ada perasaan tu; tak suka si A sebab dia tu gini, tak suka si B sebab dia gitu, tak suka si C pulak sebab kita rasa dia tak best..tapi pernah tak kita reflect diri kita; confirm ke semua orang suka kita and tak de orang benci kita? hmm...memang betul fitrah manusia itu kompleks; dijadikan mempunyai perasaan yang sangat halus dan sangat mudah tersentuh dengan kelakuan dan kata2 orang lain terhadap kita tapi kita juga dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT, bersabarlah dan berfikirlah secara rasional kerana hidup kita ni hanya sekali, rugi kan kalau asyik nak benci2 orang ja sedangkan lagi perkara best yang boleh kita buat (=

menurut datuk dr fadzilah kamsah, kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang terhadap orang di sekeliling kita bukannya kebencian; bila mana aura benci yang kita hantar pada seseorang, maka perasaan benci juga yang orang tu akan rasa terhadap kita. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yang negatif emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & dll. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.. semoga kita tidak akan terbeban dengan perasaan benci yang akan merosakkan hati dan menghilangkan nikmat hidup di dunia yang sementara ini... fill our life with love to everyone ^-^

42;40. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. 
2;216. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 

2 comments: