Monday, October 18, 2010

ingat daku..

" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. "..
terlalu sayu rasanya bila azie terbaca ayat ni usai solat maghrib tadi..sangat menusuk jauh ke dalam hati..betapa hati ini merasa sangat jauh dari Dia yang sepatutnya sentiasa dekat di hati setiap saat dan ketika..fitrah manusia bila dapat apa yang kita suka kita terlupa pada si pemberinya yang sepatutnya kita sangat2 berterima kasih..~owh..betapa lalainya dirimu wahai Noor Hazimah Mohamed (T-T) 
analoginya mudah..dalam hidup kita sehari2 mesti kita nak orang sentiasa ingat kita, kalo orang tak ingat, kita mesti sedih kan, nak2 lagi orang yang kita sayang..how nak buat orang sentiasa ingat kita? ayat penunduk? minyak dagu? na'uzubillahiminzalik, semua tu tak elok tuk kita sebagai orang yang ada pegangan agama, beriman pada Yang Esa.. 
from azie nyer view, tuk bagi orang ingat and sayang kita, kita should terlebih dahulu main peranan, jangan harapkan orang buat baik pada kita dulu ja..tak rugi kalau kita rendahkan sikit ego diri kita tu..contohnya, jangan lakukan perkara yang orang tak suka (kita should  bear in mind bahawa masyarakat kita ni community base, setiap apa yang kita buat perlu juga ambil kira pandangan orang), then cuba cari benda apa yang orang tu suka, if im not mistaken, de satu hadis yang berbunyi;hadiah-menghadiahi lah kamu nescaya kamu akan berkasih-sayang..(azie terlupa ayat yang precise camne tapi gitu la lebih kurang maksud dia ^-^..
furthermore(aplikasikan 'linkers' yang diajar kepada students dalam kelas,hee..),sentiasa keep in touch and jangan sombong..yang penting, build a good rapport with people around us..walau sepenat mana pun kita, cuba maniskan muka..sebab azie penah dengar Dr. Fadzilah Kamsah kata, kalau kita tak suka seseorang tu maka aura benci tu akan sampai pada orang tu bila kita berhadapan dengan dia, maka dia pun akan rasa tak suka kita juga..dan sebaliknya kalau aura suka yang sampai, maka dia pun akan suka kita juga..ni Dr. la cakap, azie ulas ja ^-^..
so sama la apa yang sepatutnya kita buat tuk Allah ingat kita(limpahkan rahmat dan ampunanNya)..kita yang kena usaha dekatkan diri padaNya..teringat bait2 lagu Raihan;
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
betapa Allah sayang pada kita..kita kena usaha sikit je tuk ingat padaNya, insyaAllah Allah akan bantu kita along the way kalau niat kita baik..(motivation tuk diri azie and sahabat2)..maybe kita boleh start dengan zikir2 harian yang pendek, tasbih, tahmid, takbir..terpulang kepada kemampuan diri masing2 tapi bak kata pepatah, nak seribu daya tak hendak seribu dalih..tepuk dada tanya iman (^_^)
 damba cintaMU
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

*harap maaf atas ketidaksempurnaan penulisan azie ni, penulisan sebelum tido,hee..mata ngantuk tapi stil nak mencoret something, ni lah hasilnya, tak berkualiti :p

No comments:

Post a Comment