Friday, January 12, 2018

post tentang cinta few years back, waktu tak kawen lagi, 2018 ni berazam untuk jadi isteri dan ibu yg lebih baik :)

Cinta seringkali membuatkan hari-hari yang suram menjadi terang tapi seringkali jua cinta itu sangat menyakitkan hingga melumpuhkan semangat untuk terus hidup. Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta tanpa dia sendiri menyedarinya kerana fitrah manusia dicipta dengan ‘mahabbah wa rahmah’. Tanpa cinta mungkin tiada lagi keamanan di dunia ini. Tetapi apakah kita menyalurkan perasaan itu ke jalan yang betul bersesuaian dengan syariat Allah? Hmm..terlalu rumit untuk berbicara soal cinta ini. Mungkin masyarakat kita terlalu disogokkan dengan rancangan-rancangan televisyen dari luar malahan sesetengah drama Melayu kita sendiri menunjukkan contoh tidak baik kepada umat Islam seolah-olah hubungan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim tidak ada salahnya. Bersentuhan bukan lagi suatu perkara terlarang malahan ia dapat  menunjukkan yang kita ini seorang yang ‘open minded’ dan tidak konservatif sedangkan ia adalah perkara yang sama sekali dilarang oleh Allah swt. Analogi yang ingin saya gunakan di sini mudah saja, sebagai contoh, kita pernah digemparkan dengan suatu kes di mana beberapa pelajar jurusan perubatan yang beragama Islam bergambar dengan anjing. Masyarakat masing-masing menyuarakan pendapat dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelajar-pelajar itu.tetapi cuba kita fikirkan jika kita bersentuhan dengan anjing, masih boleh ‘dibersihkan’ tapi jika bukan muhrim yang bersentuhan,kita terus mendapat dosa tanpa boleh dibersihkan kecuali sebenar-benarnya taubat..tapi masyarakat Islam kita pada hari ini hanya memandang remeh perbuatan ini, perbuatan mulia seperti bersalaman sesama Muslim tiba-tiba dicemari apabila perempuan dan lelaki bersalaman..biarpun niat di hati adalah baik namun hakikatnya ia adalah haram..renung-renungkan…      
                Saya begitu tertarik dengan kata-kata seorang ustaz apabila ditanyakan oleh seseorang tentang bagaimana mahu melahirkan anak-anak yang bukan sahaja soleh malahan cerdas akal fikirannya. Kata beliau, anak-anak itu takkan terbentuk dengan hanya diberi didikan setelah dia dilahirkan tetapi apa yang paling penting adalah hubungan ibu bapa itu sendiri sebelum mereka diijabkabulkan.  Bagaimana mungkin zuriat yang solihin akan lahir jika bakal ibu bapanya selalu keluar berduaan bersama makhluk ketiga dan segala di ingatan hanya berkisar tentang sang kekasih hati sehinggakan mengenepikan Allah sebagai yang paling berhak untuk mendapat tempat yang utama di hati kita, Masya-Allah..setiap dari kita  bersentuhan tangan pun sudah haram apatah lagi yang lain-lain.di sini kita dapat melihat bahawa betapa Islam itu amat suci. pasti pernah terlintas di fikiran kita bahawa tiada salahnya untuk keluar bersama sebelum berkahwin dalam proses kenal mengenal. Cinta yang didorong oleh hawa nafsu kelak akan lebih banyak membawa kepada keburukan.  

Mungkin terlintas di hati para sahabat yang terbaca tulisan ini bahawa masih terlalu awal untuk anda merancang sebuah keluarga, saya pun pernah terfikir perkara yang sama tetapi kita tidak dapat menjangka apa yang menunggu di hadapan kita, jodoh pertemuan ada di tangan Allah, semua yang berlaku dalam pengetahuanNya  dan tidak mungkin terjangkau dek fikiran kita yang cetek ini. Islam itu indah, ia menganjurkan umatnya untuk saling berkenalan dan amat mementingkan batas-batas hubungan antara ajnabi untuk menjaga kesucian hubungan itu. Peliharalah kehormatan diri kita baik lelaki mahupun perempuan. insyaAllah, tidak ada ruginya. saya juga pernah merasai pengalaman putus cinta. Sangat pedih rasanya hingga kita tidak mampu berbuat apa-apa selain tercari-cari di mana silapnya kita dalam perhubungan yang dibina itu. Tapi sedarlah wahai diri, Allah itu terlalu agung. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam setiap kejadian yang berlaku pada diri kita. Perlahan-lahan saya mula percaya bahawa Allah patahkan jiwa saya suatu ketika dahulu untuk menyelamatkan jiwa ini dari terus leka dengan nikmat cinta manusia yang bersifat sementara lebih-lebih lagi tanpa sebarang ikatan yang sah. Pokoknya, baliklah kepada fitrah kejadian manusia, carilah cinta yang hakiki yang ada hanya pada-Nya J tepuk dada Tanya iman..dan keluarga yang bagaimana mahu dibentuk..


post ikhlas tentang sesta dan tapah 1st year kat sini dulu :)

Alhamdulillah, cuti kali ni adalah antara cuti azie yang paling bermanfaat setakat ni..managed to fill in my time with sort of beneficial activities, alhamdulillah..tapi bila cuti2 lama gini, rindu la pulak kat skola..so sebab da teringat ni so azie nak cite pasal sekola la, nama pun cikgu, mestila life revolves around school n students J
bila fikir2 balik, dari kecik sampai besau duk sekolah, n almost 12 years in hostel, huu..(^__^)..i have fallen in love with my school, my kids n everything @ Sekolah Menengah Sains Tapah, doa banyak2 moga Allah kekalkan perasaan ni ataupun tambah lagi supaya azie dapat menjalankan tugas dengan gembira dan makin semangat nak mendidik anak2 kesayangan SESTA ni~ azie sayang semua students azie (^__^)..

sekolah ni best, azie suka..memangla bukan duk di bandar besau tapi okeyla, udara tak tercemar sangat, dikelilingi gunung ganang bukit bukau, cantik n sejuk, orang asli pun ramai area tapah ni, maksudnya tempat ni asli la kan ;p..dekat ja ngan tol, tak sampai 5 minit..boleh sampai ke sekolah ni dengan bas/ train/ kereta..kalo amik train (ETS ) dari kl sentral tak sampai rm25 pun, nanti turun kat tapah road lebih kurang 15km from our school, then amik taxi, tadaa..sampai da..kat bawah ni list fare ETS;

tapi nak naik ets ni kena ikut schedule, it's better to check jadual n availability seat, kalo tak kena la jadi penunggu setia kat kl sentral..tak pun kita boleh juga book ticket via KTM Care Line 1-300-88-5862 tak pun email je ke callcenter@ktmb.com.my but remember~phone booking is prior to 3 days of departure.

--> kat bawah ni schedule tuk north bound (from seremban ke ipoh) and south bound (from ipoh to seremban); check it out! (^__^)


kalo nak amik bas, naik train dari kl sentral --> masjid jamek --> plaza rakyat --> jalan sikit ke pudu, beli tiket n naik kat platform 17 kut, azie da lupa sebab sekali ja penah naik bas, tiket tak sampai rm15, bas pun selesa, ti dia akan drop kan kat pekan tapah yang sangat dekat dengan sekolah, tapi still kena call taxi bila da sampai :p...

tapah ni special sikit sebab duk tengah2, lebih kurang 45 minit ke tanjung malim / 45 minit ke teluk intan / 57 minit ke ipoh / +- 2 jam ke KL / sejam ke cameron. semua takdela jauh sangat, masih boleh balik hari (^__^)..

tapi bagi sesape yang nak ke kelantan from tapah via public transport, agak susah (students selalu cakap, sian ticer, rumah jauh, huu..). kalo nak amik jalan cameron (dekat sikit katanya) kena naik bas from tapah --> cameron --> gua musang --> kuala krai (pilih kk sebab umah azie kat sini,hee..3 kali naik bas, agak2nya kalo bawak 3 bags, satu2 cicir kat every stop :P ).. kalo from tapah --> kl dulu then baru tunggu bas ke kelantan boleh juga, cuma makan masa lama sikit...lagi satu option; tapah --> ipoh then ke kelantan (stop tanah merah/machang/kota bharu) then amik benda lain ke kuala krai (tapi kalo umah azie lagi senang from kl sebenarnya sebab takyah susahkan ayah gi amik, benti ja depan umah (^__~) tapi now since ade dhiya di sisi, rasa lagi seronok, dapat berdikari,hee..walaupun chances tuk berdua ja ngan dhiya adalah sangat tipis sebab mek ngan ayah risau nanti..kena jugak cari peneman takpun naik ja bas ataupun end up ayah sekali ke sekolah,huu..
so far, after almost a year @SESTA, banyak benda yang azie da belajar, yet this is just a beginning, I believe, it’s a sweet one J masih jauh perjalanan yang perlu azie tempuh..mungkin 2013 da takkan sama ngan 2012, ada tugas baru yang harus dipikul dengan penuh amanah, namun azie mengharapkan yang terbaik dan semoga Allah akan sentiasa bersama azie dalam setiap hela nafas ini,




 ~some information above might have changed sebab da banyak tahun berlalu, one of them tahun 2018 da ada bas direct dari tapah ke kelantan, so xdela susah dah nak balik kelate :)

post yang tertangguh 3 tahun :')

Perhimpunan sejuta belia. Bunyinya gah sekali bukan? Membuktikan bahawa negara kita kaya dengan belia. Tetapi malangnya majlis banyak diisi dengan konsert dan nyanyian. mungkin itu salah satu strategi penganjur untuk menarik ramai belia2, mana mungkin belia2 berminat dengan majlis2 ilmu. namun, adakah kita ingin membentuk belia2 yang hanya tahu menyanyi? memuja-muja artis dan menjadikan mereka ikutan. Bilamana pertandingan nyanyian atau reality tv, hadiahnya sungguh lumayan, juara membawa pulang RM100,000 dan Chevrolet Cruze, ada juga yang ganjarannya sehingga RM1 juta, wah jutawan segera jadinya. Tetapi kalau kita bandingkan dengan pertandingan tilawah, hafazan, dan bermacam2 program keagamaan, bagaimana? Hadiahnya tidak mungkin selumayan itu. Mungkin sebab itulah ada segelintir mereka yang pada mulanya terlibat dengan tilawah dan nasyid beralih ke bidang nyanyian yang tentunya lebih glamour dan menjamin pulangan yang banyak.  Adakah kita ingin mencontohi barat? Adakah status Islam sebagai agama rasmi hanyalah sekadar pada nama? Pakaian yang mendedahkan aurat bukan lagi sesuatu yang memalukan. Semua orang pakai macam tu, jadi apa yang nak dimalukan? Kalau tak pakai nanti Nampak kolot dan tak up to date pula rasanya. Pergaulan bebas, bersentuhan dan bertepuk tampar dengan bukan muhrim pun tidak lagi salah di mata masyarakat. Siapa yang patut kita salahkan? Adakah para belia? Ibubapa? Masyarakat? Atau pun kerajaan? 

Terkedu saya seketika bila mana menonton sebuah rancangan televisyen pagi tadi, seorang artis yang mungkin umurnya sudah masuk ke angka enam dan baru sembuh dari sakit. bertudung tapi masyaAllah menyanyi sambil bergelek dengan penonton yang bukan muhrim di depan beratus2 dan mungkin juga beribu2 penonton tv. Sungguh, sebagai wanita yang juga bertudung, saya cukup malu. Mungkin dirinya jauh lebih baik dari saya, itu di luar pengetahuan diri ini, Cuma apa yang saya kesalkan, beliau memberi gambaran yang tidak elok tentang wanita bertudung. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain bila pemakaian kita, perlakuan kita disalah tafsir oleh orang yang melihat. Manusia hanyalah makhluk Allah yang lemah, tidak mungkin mampu melihat hingga ke segenap hati manusia yang lain untuk menilai kebaikan seseorang. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan imej yang baik lebih2 lagi bila kita bergelar umat Islam. Jika ingin melihat masa depan Negara, lihatlah pemuda dan pemudinya, tepuk dada Tanya iman J

Wednesday, November 4, 2015

15

there's a lot i wanna share here as my life in 2015 is full of colours. have to find some good time to write and write until muntah,huu...
cant wait for our biggest happiness at the end of this month, til then, see u soon! ;)

Monday, December 8, 2014

AU REVOIR 2014

2015,PLEASE BE GOOD TO ME AND THOSE WHOM I LOVE :)

Wednesday, July 23, 2014

Ramadhan Kareem :')

alhamdulillah..alhamdulillah..masih berkesempatan menyambut Ramadhan 1435H dan tahun ini membawa fasa yang baru dalam hidup azie, berpuasa sebagai isteri kepada encik suami yang sangat dikasihi, sesungguhnya hanya Allah yang mampu menitipkan rasa ini usai akad dilafazkan, new experiences, praises to Allah :)

#moga Allah melindungi saudara-saudara kita di Palestine dengan sebaik-baik perlindungan, tak sanggup dah rasanya melihat mereka menderita.. cukup bertuah dikau saudaraku, Syurga telah pasti buatmu.. :')

ps: kembalisemulakesinirindupadasemuayangadapadablogini


Wednesday, March 19, 2014

2014

alhamdulillahi'ala kulli hal :')
1st entry for 2014
mungkin tak patut tuk dimulakan dengan cerita yang tak best..
tapi tu la hakikat yang sedang dihadapi
terlalu banyak nikmat ynag diberi olehNya
namun
hati yang jahil ni tetap mahu bersedih dengan dugaan2 yang datang silih berganti
Allahurabbi, aku hambaMu yang terlalu dhaif imannya..

mendapat arahan untuk pindah pada waktu kerja2 sedang menimbun sangat la melukakan hati..
terselit rasa sedih,namun cuba memujuk rasa,mungkin Allah nak bagi rumah lagi best pasni, mana la tahu kan? ;)

dhiya pun cedera buat kedua kalinya, pecah bibir dhiya, minta maaf dhiya sebab da xde bibir angelina jolie tu..kadang2 kita da berhati2,namun bila Allah da menetapkan sesuatu,tetap terjadi..kepada pemandu2 lori di luar sana, please be alert dengan kenderaan2 kecik di sekeliling anda, walaupun anda besar, tak bermakna yang lain takde nilainya di mata kamu ;)

ulfah pun macam da merajuk, kejap2 diam, kejap2 tak bagi respon da...hati dan fikiran bercelaru, mana nak pindah rumah,mana nak menanda paper exam, pertandinagn tu pertandingan ni,kelas entah ke mana..packing pun tak terlalu sibuk dengan tugas2 sampinagn guru sedangkan orang da nak masuk 2 hari lagi..terdetik juga rasa nak pindah sekolah,huu..tapi memang mimpi je la kan :)

time2 macam ni mula la rasa tertekan, dunno what to do, berselirat, perlu dileraikan dengan penuh hati2, moga hati ini tetap teguh kala diuji...kaffarah dosa yang terlalu banyak, moga aku redha dan belajar sesuatu :')

Monday, November 18, 2013

AKU REDHA.

senang dilafaz.
hati yang payah.
berkecamuk sejuta rasa.

mungkin esok, mungkin lusa..
payahnya mendidik hati akan erti ikhlas
menerima takdir dengan hati yang penuh syukur.

aku,
sang futur.

mengharap ciuman bauan Syurga
meski diri penuh palitan noda dan dosa.

Wednesday, November 13, 2013

terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya

regret.
yet there's no time turner.

i hate myself.

i luv the quieter me.
the real me.
 
p/s: setiap apa yang diperkatakan olehnya adalah amanah, amanah tuk aku terus istiqamah, usaha tuk jadi lebih baik di saat hati dan iman benar2 ingin berputus asa. namun entah mengapa, ia mengundang gundah yang tak sudah. terlalu berat.

Monday, September 16, 2013

..what has happened to your eyes,the more you tell them to stop the more they continue flowing..what's the matter with ur heart,the more you tell it to come to its senses,the more its distracted..

Saturday, August 24, 2013

this song keeps lingering in my head since morning, 
ya..mungkin hati terlalu rindukan Dia.... :'(

Dihempas gelombang
Dilemparkan angin
Terkisah ku bersedih ku bahagia

Di indah dunia
Yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya

Semua berjalan dalam kehendak-Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi

Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi

Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa Coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan-Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Tuesday, August 20, 2013

andai bisa...

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Allahurabbi..
p/s: maafkan semua salah dan silap azie :'( 

cdt: opick's song

Monday, August 19, 2013

senyum itu sedekah :)

to kitoro,

3;139 (^_^)

p/s: la tahzan wa la takhaf, permata yang sedang digilap :)

Thursday, July 18, 2013

sendu di hati

dunno what to write, hati dan fikiran terlalu berat..andai menangis semahunya pun belum tentu ianya akan reda..Allah..Allah..Allah....

fizikal terlalu penat, namun mental masih mahu aktif bekerja, menilai kembali apa yang terjadi..Allahu Rabbi.....

seakan mahu tersungkur rebah mahu dipapah namun yang ada hanyalah sisa-sisa tangisan penuh sendu.....
(T_T)