Perhimpunan
sejuta belia. Bunyinya gah sekali bukan? Membuktikan bahawa negara kita kaya
dengan belia. Tetapi malangnya majlis banyak diisi dengan konsert dan nyanyian.
mungkin itu salah satu strategi penganjur untuk menarik ramai belia2, mana
mungkin belia2 berminat dengan majlis2 ilmu. namun, adakah kita ingin membentuk
belia2 yang hanya tahu menyanyi? memuja-muja artis dan menjadikan mereka
ikutan. Bilamana pertandingan nyanyian atau reality tv, hadiahnya sungguh
lumayan, juara membawa pulang RM100,000 dan Chevrolet Cruze, ada juga yang
ganjarannya sehingga RM1 juta, wah jutawan segera jadinya. Tetapi kalau kita
bandingkan dengan pertandingan tilawah, hafazan, dan bermacam2 program
keagamaan, bagaimana? Hadiahnya tidak mungkin selumayan itu. Mungkin sebab
itulah ada segelintir mereka yang pada mulanya terlibat dengan tilawah dan
nasyid beralih ke bidang nyanyian yang tentunya lebih glamour dan menjamin
pulangan yang banyak. Adakah kita ingin
mencontohi barat? Adakah status Islam sebagai agama rasmi hanyalah sekadar pada
nama? Pakaian yang mendedahkan aurat bukan lagi sesuatu yang memalukan. Semua
orang pakai macam tu, jadi apa yang nak dimalukan? Kalau tak pakai nanti Nampak
kolot dan tak up to date pula rasanya. Pergaulan bebas, bersentuhan dan bertepuk
tampar dengan bukan muhrim pun tidak lagi salah di mata masyarakat. Siapa yang
patut kita salahkan? Adakah para belia? Ibubapa? Masyarakat? Atau pun kerajaan?
Terkedu saya seketika bila mana menonton sebuah rancangan televisyen pagi tadi,
seorang artis yang mungkin umurnya sudah masuk ke angka enam dan baru sembuh
dari sakit. bertudung tapi masyaAllah menyanyi sambil bergelek dengan penonton
yang bukan muhrim di depan beratus2 dan mungkin juga beribu2 penonton tv.
Sungguh, sebagai wanita yang juga bertudung, saya cukup malu. Mungkin dirinya
jauh lebih baik dari saya, itu di luar pengetahuan diri ini, Cuma apa yang saya
kesalkan, beliau memberi gambaran yang tidak elok tentang wanita bertudung.
Kita tidak boleh menyalahkan orang lain bila pemakaian kita, perlakuan kita
disalah tafsir oleh orang yang melihat. Manusia hanyalah makhluk Allah yang
lemah, tidak mungkin mampu melihat hingga ke segenap hati manusia yang lain
untuk menilai kebaikan seseorang. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk
memberikan imej yang baik lebih2 lagi bila kita bergelar umat Islam. Jika ingin
melihat masa depan Negara, lihatlah pemuda dan pemudinya, tepuk dada Tanya iman
J
No comments:
Post a Comment