Thursday, May 23, 2013

".....kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa..."

bait2 lagu tu terngiang2 di telinga time meeting ad hoc tadi, school was super duper bz rini, supposedly gembira sebab da stat cuti pertengahan tahun tapi smpai ke saat ni, semua orang bergerak macam da takde esok dengan fail2 penuh di tangan, segala macam hal perlu diselesaikan sebelum isnin naik cuti nanti, baru sahaja selesai penilaian untuk bai'ah minggu sebelumnya, akan datang pula pihak lain yang juga ingin memantau, pendek kata sekolah ni tak pernah sunyi dengan pemantau2 yang juga menjalankan tugas mereka, seperti kami :)

teringat2 pula kata2 cikgu2 dari sekolah berdekatan pada azie waktu attending meeting pelarasan JSU soalan trial pmr for english subject semalam..

" bestla dik mengajar di boarding school, budak2 terpilih, tak payah pening2.."

(huu...diri hanya mampu tersenyum simpul tanpa bersetuju or menidakkan, could say nothing as im d only 1 from boarding school, sometym people look at us as if kami dari sbp adalah guru2 yang tak perlu berusaha)  ^__^    ".....if only they know the real situation in boarding school....(^__^)..."

alhamdulillah azie tak nafikan, mengajar pelajar2 terpilih adalah satu advantage, tak payah pening students ponteng ke ape ke...

tapi....tapi....tapi kan.......

adakah bila kita mengajar budak2 pandai maka kita boleh biarkan dorang macam tu ja tanpa sebarang perancangan yang teratur n diorang akan terus2an pandai? tentulah tidak,bukan? :) in fact, effort from pihak guru sendiri di sbp perlu dilipatgandakan dengan gandaan taktahu la berapa kali ganda sebab kami juga ada students yang advance, ada yang sederhana n ada juga yang sangat2 lemah, same situation with sekola harian....

tapi expectation from people, parents, once u enrolled in boarding school, ur result should be super duper excellent... then, the story begins for us, the teachers...regardless u r da freshie or senior, semua sama saja, mesti berusaha keras tuk naikkan prestasi sekolah, kalo da excellent or sekola da ade nama, kena berusaha dengan lebih gigih lagi tuk dapat result lagi bagus..kalau result jatuh, parents akan pertikaikan nape result jadi camtu, salah cikgu :)

kadang2 sian tengok kawan2 yang da berfamily, masa lebih banyak dihabiskan di sekolah, pagi sampai la lewat petang, malam sambung lagi kat rumah, hujung minggu pun jarang2 ja dapat berehat sepenuhnya, aktiviti or program sentiasa ada..warden lagi la...namun alhamdulillah, besar ganjaran pahala untuk guru2 yang mengajar n mendidik dengan penuh ikhlas...kami bersyukur diberi peluang menabur bakti mendidik anak bangsa, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)

dis entry bukanlah bertujuan untuk merungut atau sebarang tujuan yang tidak baik, just sedikit perkongsian tuk sape2 yang ada terfikir bahawa cikgu2 sbp xbanyak kerja, goyang2 kaki, result kua, excellent, students kan da pandai ;) to be honest, it's not dat easy...azie masih ingat last year waktu mula2 masuk sbp, selalu tak sihat, makan tak terurus, jalan pun selalu rasa nak pitam, sebab badan terlalu penat, da la diri ni memang tak pandai mengurus masa,huu.............

 *******

4.10 pm~okies, sory kena stop jap tadi tibe pk call minta ke sekolah, so just came back from school, sambung balik....walaupun workload agakla banyak, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, azie dikurniakan rakan2 sekerja yang sangat2 supportive, admin yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar dengan penuh sabar, seperti sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang, alhamdulillah nikmat yang tak ternilai buat azie yang baru memulakan alam pekerjaan..pengalaman adalah sesuatu yang tidak mungkin boleh dibeli di mana2, in fact kami dilayan sama sahaja seperti guru2 yang telah lama berkhidmat, they will give you the tasks so that u will learn to do them by ur own, of course with their helps :)

in a first few months in dis school, azie da kena conduct bengkel2 menjawab soalan bahasa inggeris pmr untuk calon2 sekolah ni n sekolah2 berhampiran, huu..nervousnya Tuhan saja tahu, terketar2 rasa, dengan pengalaman yang langsung tiada, airliur yang ditelan pun terasa sangat perit, takut......neves kena mengajar di sbp pun tak ilang lagi da kena conduct bengkel teknik menjawab,alone! they really put the trust on the teachers whether u have d experience or not, u still have to do that.......n those experiences really teach me a lot (^_^)
*********

5.40 pm~baru balik dari sekola semula, so, here i am again after settling few things n menenangkan anak2 didik kesayangan, sambung balik :) actually, this is their 1st time in debate competition, so it's normal for them for them to feel nervous rite? :) so ticer ni da berjanji nak bagi dorang guna streamyx kat rumah ni sementara ticer nya ke sekolah after maghrib, de kerja perlu disiapkan sebelum bertolak ke HK esok..one year has passed, dis is my 2nd year here, da mengembang dengan jayanya sebab makan da terurus,hee...da boleh biasakan diri dengan cara kerja sbp walaupun list tugasan sentiasa bertambah n kebanyakan masa memang dihabiskan bersama pelajar2 kesayangan, masa tuk diri sendiri perlu ditolak ke tepi :) so rasanya with this humble explanation from hamba Allah yang hina ini, hopefully dapat mengurangkan pandangan negatif tentang cikgu sbp coz all in all, semua kerja or di mana sekali pun sama sahaja, ada pros n cons nya, yang penting hati kena sentiasa ikhlas n have fun doing ur work! n support each other (^__~)v

p/s: gonna have 'fun' as an adjudicator again dis year, see u in 40th HKSBP then ^__^

No comments:

Post a Comment