Saturday, January 5, 2013

outset~

Alhamdulillah, bila terdengar titis2 yang bertukar menjadi derap2 hujan pagi ni, betapa bersyukurnya azie, bukan hanya kerana saat ini Allah mengurniakan waktu afdhal tuk berdoa, malahan am soo grateful, diri masih mampu mendengar, merasa, melihat dan hati masih mampu menghayati keindahan dan kebesaran ciptaanNya…Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik, tempat untuk berteduh yang selamat dan selesa sedangkan masih ramai saudara seagama hidup dalam serba kekurangan , alhamdulillah ^_^

baru beberapa hari bermulanya sesi persekolahan, Subhanallah, workload sangatla banyak, melihat senarai tugas baru, rasa sangat tak terkejar, masa perlu diuruskan dengan sangat berhati2 dan teliti (tapi…dat’s my biggest weakness,’ mengurus masa’, nak kena hire PA kut,huu..) 

Azam baru..setiap awal tahun mesti berkobar2 listkan resolutions yang nak capai, kadang dalam list tu ada yang berubah tapi kadang takde just continue with previous year punya sebab banyak lagi yang tak tercapai..bila belek2 catatan lama, tersenyum sorang2 tengok list apa yang nak capai every year, ada yang tercapai, ada jugak yang tak boleh diteruskan, banyak godaan2.. ^_^

Tahun baru..maksudnya angka pada umur pun meningkat, bagi yang baru nak menginjak ke angka 18, 21 tu mungkin rasa seronok sebab cam da dapat license besar..tapi bagi yang menginjak lebih dari suku abad ni, rasa cepat betul masa berlalu sedangkan banyak lagi benda yang belum mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin..bertambahnya usia bukan bermaksud kita semakin hebat..tapi apakah dengan meningkatnya usia itu kita sudah semakin matang dan sedar akan responsibilities yang tergalas di bahu, in every aspect of life, especially as a caliph..it doesn’t mean dat every day, every second we have to berdakwah..cumanya setiap perbuatan dan perkataan yang terlintas di fikiran, just bear in mind; untuk apa kita dicipta dan ke mana hala tuju kita bila kita meninggal kelak, insyaAllah hidup akan lebih terarah..moga setiap apa yang dilakukan mampu memberi persepsi yang baik sebagai orang  Islam..seronok melihat adik Muhammad, dan adik2 nya Fatimah n Ismail dalam program2 tv bersama Ustaz Zamri, mereka dididik dengan seimbang dunia akhirat, proud with their parents..credit to my neighbour too, sejuk ja hati tengok family diorang yang mengutamakan Allah, Alhamdulillah semua berjaya.. insyaAllah walaupun azie banyak kekurangan, namun besarla harapan untuk mempunyai keluarga seperti mereka, moga Allah sudi melemparkan walau sebesar zarah rasa kemanisan iman dalam hati azie :’(

2013 tentu menjanjikan dunia yang lebih moden, canggih, tak terkejar rasanya azie yang da makin tua ni..Siapalah azie untuk berkata2, cuma dengan sedikit pengalaman sebagai guru dan pernah berada di usia remaja, bila melihat dan bersama anak2 remaja sering membuatkan azie terfikir, alangkah ruginya waktu muda jika diisi dengan perkara sia2, seronok hanya sementara, mungkin membawa kepada penyesalan sepanjang hayat..agak sedih bila terlalu banyak pengaruh media massa, terlalu banyak disogokkan dengan hiburan2 yang boleh meninggalkan titik2 hitam di hati.. berhibur tidak salah cuma jika terlalu banyak, bagaimana hati akan dekat kepada Quran dan Sunnah..

alhamdulillah azie bersyukur , walaupun azie bukan tergolong dalam kalangan mereka yang thabat @ from background agama yang kuat, alhamdulillah di peringkat umur tercari2 identity diri, azie dianugerahkan Allah sahabat2 yang cukup sempurna, yang banyak mendorong azie ke jalan itu..walaupun ada perkara2 yang agak dikesalkan, iman pun selalu turun naik, namun azie tak pernah menyesal ke mrsm taiping, jazakillahu khairan kathiran sahabat2, uhibbuki fillah abadan abada.. jika ditakdirkan azie mampu berubah ke arah yang lebih baik, azie sangat2 berharap untuk bersahabat lagi di Syurga kelak ^_^

**moga tahun baru Hijrah dan Masihi ini akan lebih membawa keberkatan dan kebaikan kepada kita semua,amin ^_^

No comments:

Post a Comment