Wednesday, September 12, 2012

la tahzan ~

walaupun kaki tidak lagi dirasakan mampu berpijak di bumi yang nyata, rasa lemah longlai satu badan dan nak pitam ja setelah dilemparkan dengan kata-kata 'berbisa' yang terus menusuk ke sudut hati yang paling dalam, namun jari-jemari ini tetap jua mahu menitipkan sesuatu, mungkin kerana terlalu sedih atau kecewa..dengan peristiwa ni, sudah cukup untuk azie menilai siapa 'dia'..terima kasih Tuhan, azie sangat2 bersyukur, 'petunjuk' Allah melalui jalan yang tidak disangka2, alhamdulillah kerana Allah tidak menakdirkan 'dia' sebagai 'teman' perjalanan panjang azie menuju cintaNya..alhamdulillah..

alhamdulillah, azie masih mampu berfikir secara waras dan tidak mengikut rentaknya, bila kita tahu kita tak bersalah, 'diam tu lebih baik kan?' (^__^) .. Allah lebih mengetahui segala2nya, sesungguhnya azie redha dengan setiap apa yang 'dia' katakan pada azie walaupun di sudut hati kecil azie, azie sangat2 down dan sedih sebab seumur hidup azie, tak pernah ada orang cakap azie sampai macam tu sekali..dan seburuk-buruk, seteruk-teruk dan sejahat-jahat azie ni, tak pernah terdetik di hati atau fikiran ni untuk buat macam tu kat orang walau macammane marah sekalipun azie...

mungkin akan ada orang yang cakap, 'ala, biasala, tengah marah, macam2 boleh cakap, tak sedar pun..' tapi....'be careful of what we said as it reflects who we are', jika hati kita baik maka kata2 yang terbit dari hati dan lidah juga baik walaupun ketika marah..percayalah, waktu yang terbaik untuk kita menilai seseorang adalah ketika dia sedang marah, cuba lihat apa yang dilakukannya dan apa yang dituturkannya..
azie mohon kepada Allah supaya Allah memelihara azie ketika marah, moga azie tidak melukakan hati sesiapa.. (^__^)

ok la, azie nak share tips tentang marah, moga bermanfaat untuk azie dan sesiapa sahaja yang terbaca (^__^)

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
(Al Imran : 133 – 134)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
( Al Imran : 135)
  1. Sesungguhnya marah adalah godaan daripada syaitan, maka ketika menghadapinya, hendaklah segera mengingati Allah. Kemudian, kita berdoa atau mengucapkan isti’azah (Dan aku berlindung kepada Engkau ya Tuhanku, dari  kedatangan mereka kepadaku – Al Mu’minun : 98. )
  2.  


  3. Memaafkan kesalahan orang lain adalah amat dituntut dan ianya menenangkan jiwa daripada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.  Bertoleransilah walaupun sebesar – besar kesalahan orang lain kepada kita kerana sebagai manusia biasa, pastilah mereka tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

    Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
    (As Syura : 37) 
      3. berwudhu'
    Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamumerasa marah hendaklah ia berwudhuk.
    (Riwayat Abu Daud)
    4. Mengubah posisi
        Jika kita marah di dalam keadaan diri, maka ubahlah posisi seperti duduk atau berbaring. Insya-  
        Allah, akan redalah sedikit kemarahan itu.

    p/s: mungkin ini adalah ujian Allah, kaffarah kepada dosa2 azie, moga azie dapat memperbaiki diri azie untuk menjadi orang baik2 macam sahabat2 azie yang solehah semua tu (^__^) 

kita mungkin mampu memaafkan namun bukan senang untuk melupakan sebab manusia ni ada hati dan perasaan yang sangat sensitif (^_^)

--> tips and doa; credit to mutiarahati.htm n lunalanun.blogspot (^__^)

No comments:

Post a Comment