Friday, July 27, 2012

teraweh

alhamdulillahi'ala kulli hal, da masuk hari ke-7 ramadhan...esok dan lusa bakal menjadi hari minggu yang sunyi, 'puan-puan' housemates sudah balik..tinggallah azie sorang2 bersama jiran2 tetangga (ada ke?)..students diberi peluang tuk balik bermalam setiap minggu pada bulan puasa yang penuh barakah ni,   yang tinggal hanyalah pelajar ting 3 yang akan ber'pecutan' mulai esok, so agak la bertambah sepi sekola ni..rasanya kalo tak kerana pecutan, da lama da azie balik ampang or putrajaya, menempel di rumah abang or anak2 buah,hee...teraweh pun sorang2 ja la nampaknya..huu..takpela, minggu depan cuti 4 hari, boleh la balik mana2(^_^).. k la, just wanna share how to solat teraweh sendirian (afdhalnya solatla berjemaah, tapi if atas sebab2 tak dapat dielakkan, baik buat sendirian dari tak buat langsung kan?let's share dis (^__^)

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

~info lengkap: http://fiqh-am.blogspot.com/
~credit to: http://www.islamituindah.my

rindu suasana bulan puasa di shah alam dulu, gi buka puasa N teraweh kat masjid sesama kengkawan kesayangan, rindu diorang (T_T)

No comments:

Post a Comment