Wednesday, March 28, 2012

S.a.H.a.b.A.t

 suka untuk azie kongsi kata2 saudara Hilal Asyraf untuk sahabatnya..if azie la yang jadi saudara Hafiz ni mesti sangat terharu bila ada orang cakap cenggini pada kita..sebab azie pun mendambakan ukhuwwah yang macam ni..alangkah bestnya kalau azie pun ada sahabat yang sayang azie sepenuh hati dia gini.. (T_T)
Sahabat saya yang paling saya sayang, Hafiz Zainol Abidin.

Adalah menjadi satu keindahan apabila ada sahabat sebegini di dalam kehidupan. Yang sentiasa mencintai kita dan kita mencintainya. Yang sentiasa bersama kita walau kejauhan dan kita suka untuk bersamanya.

Walau dia sudah beristeri sekarang, dia masih ingat pada saya sahabat dia ini, yang jauh di tanah orang. Mengungkit kisah-kisah indah, bergurau, bertukar cerita, dan saling nasihat menasihati di atas jalan Allah SWT, dan kemudian mengakhirnya dengan ucapan "uhibbukafillah" yang bermaksud "Aku cintakan engkau kerana Allah."

Ukhuwwah saya dengan Hafiz tidak pernah gagal membuatkan saya bahagia.
Kalah tunang saya. haha. :p (jangan marah ya soon to be Ms Hilal)

Antara manusia yang memang saya tak pernah kecewa masa saya letakkan harapan adalah Hafiz. Dia sentiasa memeluk jiwa saya dengan kehangatan yang menyenangkan. Saya sangat yakin, kalau saya jatuh ke neraka pun, Hafiz adalah yang akan hulurkan tangan kepada saya untuk menarik saya semula.

Kerana saat semua orang memfitnah saya dan meninggalkan saya tanpa mendengar penjelasan saya,
Hafiz adalah satu-satunya yang duduk di sisi saya dan meminta saya bercerita.

Seindah namanya - Hafiz - yang bermakna penjaga.
Dia benar-benar seakan hadiah Allah SWT, untuk menjaga hati saya, menggembirakan jiwa saya.
^^

-----------------------------------
Semoga ini terus kekal hingga ke syurga yang mendamaikan.
Amiin."
***moga Allah sudi menghantar seseorang juga untuk azie, sangat mengharapkannya...ingin menjadi seperti Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar as-Siddiq, merasai keindahan itu (^-^)

No comments:

Post a Comment