Thursday, September 30, 2010

live with no worries

VENUE: Pantai Irama
TIME: 5.45- 6.30 pm
PARTICIPANTS: awatif, kak pah, malin (semua comey2 ^-^ )
OBJECTIVE: amik angin petang sambil melihat dan memuji kebesaran Allah.

 164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. 

**azie nak jadi kaum yang memikirkan tu..doakan ye.. (^-^)

entry kali ni, azie nak introduce kawan2 baru azie..rasa muda bile duk ngan diorang (=..InsyaAllah 1 of da reasons azie suka duk bachok ialah depa la...sangat chumell, subhanallah..pipi semua sangat tembam..geram..

watak pertama,awatif; sangat susah nak senyum, susah nak mesra ngan orang lain selain mak dia, kakak2 dia n ayah dia..sangat suka tengok lembu and sangat suka didukung (tapi dia memilih, nak yang bertudung saja coz dapat gi jalan2)..petang2 kalo dia datang umah mesti azie bawa gi tengok lembu..n 1 thing for sure, i luv doing dat (=..

kedua, malin; sangat pendiam and takut ngan orang yang baru kenal, tapi alhamdulillah ngan azie sekarang dia da boleh bercakap and gelak2..alhamdulillah..

kak pah? nama bunyik cam da besa tapi baru 6 taun,hee..kak pah paling banyak cakap, azie paling suka tengok dia pakai telekong semayang kat masjid, nampak sangat suci (=..

Setiap anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang bersih. Mereka hadir di muka bumi ini dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Maka baginda Rasulullah SAW mengingatkan kepada setiap ibu bapa bahawa mereka sendirilah yang akan mencorakkan anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

pantai? azie sangat suka gi duk tepi pantai tanpa buat ape2, just duduk atas batu besar or tunggul kayu kat tepi, termenung (my favourite past time)..tak pun sambil2 baca buku and dengar bunyi ombak..sangat tenang, subhanallah...tapi lagi suka kalau dapat tengok sunset or sunrise..

cam tingin nak wat rumah tepi pantai pula..tapi orang kata kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..tak jadi r, risau azi..pi sekali sekala pun da ok rasanya, azie and pantai cam ade chemistry kut, gitew ;-p..

oleh sebab aunty kanak2 comeyl nak jogging, so azie dengan berbesar hati dan sangat gembiranya jadi 'lifeguard' diorang..ni photos yang sempat di'snap' waktu kanak2 ribena main2, sangat suka tengok, diorang berlari and melompat sana sini dengan perasaan gembira yang tidak dibuat2..tingat rangkap lagu Laskar Pelangi;

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
..
alangkah bahagianya if dapat jadii budak2 balik, tak perlu hipokrit and tak de problems perlu fikir, yang penting they live with no worries..(=

watif yang nak melekat ngan azie ja waktu mula2 sampai, tanak turun..
THEN AZIE KENA TURUNKAN JUGA WATIF COZ ORANG BACHOK MANA BOLEH TAK BIASA NGAN AIR, PANTAI BANYAK NI..HEE..BAGI PELUANG DIA JALAN2 JAP..

awatif tengah lost..nampak cam takut air..jap gi kita tengok ape jadi...


 JENG JENG JENG...
waaaaa..ini wajah awatif setelah beberapa ketika..sangat gembira dan tak naik dah...sekian harap maklum..

kak pah dengan bergayanya jalan-jalan..warming up ;-p
malin sangat happy dapat masuk air, tengokla muka dia..
malin n kak pah yang terus berlari tanpa rasa penat..




MALIN, KAK PAH! JOM NAIK! ~watif~
gaya cam mak nak panggil anak suh balik..seluar pun da senget, watif2..sangat chumell...
 tak nak naik! malin,larik jom! (markah gaya = 10, cam olahragawati)
tengah kutip siput kut..
malin cooling down

eh,ade atlit..cam kenal ja.. ;-p
hee..ketua darjah sampai sudaa..penat tu jogging..masa tuk balik (=
last snap before balik, watif da menggigil..sejuk..
sebab da selalu sangat dikelilingi oleh semua kanak2 comel ini, rase da tak sabar tuk ade anak2 sendiri (mother's instinct da develop kut)..bak kata kak im, kalo anak pompuan boleh deco2 (^-^)..fitrah la tu kan, manusia sukakan sesuatu yang comel and cantik..

doa azie..moga bila tiba masanya kelak, azie akan mampu  mendidik zuriat2 azie dalam bi'ah soleh solehah, ameen..moga mereka akan menjadi penerus perjuangan menegakkan Islam, Allahuakbar!

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. 

ameen....................


4 comments:

  1. thanks azie for dis entry is so cool..^_~
    saya sangat suka coretan ini sebab saya sgt sukakn laut!!..=)
    (anak2 sape ni? chumel2 amat deh..)
    -pAkUrO-

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. jap2,ni abah ke mirau ke azam eh? ke sape?confuse lak;-p..same la kita,jom2,wat trip ke laut plk,hee..mai bachok..ini namanya ank2 buah mok ani yg duk kg.badak,sgt chumelll,huu geram sesangat ;-p

    ReplyDelete
  4. ni abah la...hee, luv tu rid diz blog! =)
    -pakurO-

    ReplyDelete