Thursday, August 12, 2010

puasa seorang guru..

alhamdulillah..syukur pada Allah kerana Dia masih memberi kesempatan pada azie tuk sampai ke ramadhan ini..iAllah, moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya..

rutin harian masih perlu diteruskan, ramadhan bukan bulan untuk bermalas-malasan, sebaliknya bulan yang menyediakan peluang tuk kita perbaiki diri and tingkatkan amal..moga azie diberi kekuatan olehNya tuk menjadi pendamping setia sang Pencipta..

seperti biasa, bangun sahur, solat subuh..alhamdulillah umah yang azie stay sekarang duk sebelah masjid ja (aircond lagi) so takde alasan tuk azie bermalasan ke masjid..tapi kadang2 syaitan tu giat menggoda iman yang tipis ni dan akhirnya tertewas, lemahnya imanmu wahai azie...

pegi sekolah, masuk kelas..students ramai yang tido, kepenatan katanya..takde mood tuk belajar..huu, tingat zaman azie sekolah dulu2..takpela wahai students 1 Agama 1 and 4 Gamma yang dikasihi, teacher faham..iAllah teacher akan berusaha plan lesson yang menarik supaya korang tak rasa ngantuk sangat sepanjang bulan puasa ni..

di bilik guru, perbualan yang biasa azie dengar sudah semestinya tentang recipe and masak memasak..tapi cikgu2 pun nampak penat..banyak kelas kena masuk, sekolah 4 tingkat, students 1700..tapi bila masuk bilik guru, semua kepenatan tu hilang, masing2 excited cite pasal sahur and juadah berbuka..

kami golongan muda yang masih belum berkeluarga hanya mampu tersenyum sambil take notes pada tips2 yang berguna..pengalaman tak dapat dibeli tapi mampu dikongsi..besarnya tanggungjawab seorang isteri and ibu lebih2 lagi pada bulan puasa ni, anak yang masih kecil perlu dididik supaya suka untuk berpuasa, anak2 yang da remaja dan dewasa perlu dididik supaya tahu menjaga diri, susah tu..

bila dengar pengalaman cikgu2 di bilik guru n tengok gelagat students, azie rasa azie perlu persiapkan diri dengan segala ilmu starting from now..insyaAllah azie berazam tuk jadi isteri dan umi yang baik pada zauj and anak2 kelak..moga mereka mampu menjadi mujahid & mujahidah pembela agama..hope mampu jadi seperti keluarga adik Muhammad qari muda kita, amiin...duhai 'teman' ku kelak, moga kita saling menggiatkan, our priority is ISLAM..

ya Allah, sekali lagi aku pohon padaMu, jadikanlah aku pendamping setiaMU..yang tak pernah jemu pada jalan agama-Mu..moga ramadhan ini menjadikan aku hambaMu yang lebih sempurna,amiiin...

No comments:

Post a Comment