Monday, July 19, 2010

fadhilat puasa syaaban


'Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, Alllah akan haramkan jasadnya daripada api neraka. Ia akan menjadi kawan karib Nabi Yusof di dalam Syurga dan diberikan kepadanya seperti pahala Nabi Daud dan Nabi Ayub a.s.’

‘Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain2 bulan seperti di bulan Syaaban: lalu baginda menjawab, itulah bulan(Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan: ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya(baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.’

PUASA HARI ISNIN
‘hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a, bermaksud sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.’

PUASA HARI KHAMIS
‘Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Syaaban dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga.’

PUASA SEHARI
‘Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.’

PUASA TIGA HARI
‘Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berbuka puasa akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.’

PUASA SEBULAN SYAABAN
‘Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan baginya syurga.’


No comments:

Post a Comment